Tuesday, 2 March 2021

KRAF ALAT PERMAINAN

 

ALAT PERMAINAN GASING

                

PENGENALAN

Alat Permainan  merupakan permainan tinggalan nenek moyang kita. Permainan tradisional inilah yang mencerminkan asal usul rumpun Melayu. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Kita sebagai generasi kini tidak seharusnya melupakan permainan ini. Pada hakikatnya permainan tradisional ini dapat meningkatkan kreativiti dan daya cipta kesenian tersendiri yang unik. Contohnya permainan gasing, layang-layang, congkak, dan sebagainya. yang dihiasi ukiran dan reka bentuk menarik dan unik.



GASING


SEJARAH GASING

Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Mereka menggunakan cara tersebut sebagai untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.

Gasing amat terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah untuk dimainkan. 



Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Selain itu, minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing. 


Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.







DIMENSI BARU KRAF 1

BAHAN                                : Kertas warna, Gam dan Pencungkil gigi

TEKNIK                              : Gulungan

PROSES PERNYEDIAAN:

1)    Gunting kertas warna berukuran 1 cm x 20 cm Sebanyak 16 keping atau lebih



2)    Gulungkan kertas warna


3)    Letakkan sedikit gam pada hujung kertas dan ulang langkah sehingga kertas habis


4)    Setelah selesai cucukkan gulungan kertas dengan pencungkil gigi di tengah tengah gulungan 



5)    Kemudian anda boleh main 

VIDEO :





DIMENSI BARU KRAF 2

BAHAN                              : Tali, Manik hiasan, Gam uhu, Lidi, Kertas Tebal

TEKNIK                            : Melekat

PROSES PENYEDIAAN:

1)    Lukis bulatan pada kertas tebal seperti kotak



2)  Guntingkan kertas tersebut mengikut bulatan yang telah dilakarkan



3)    Cucuk di tengah-tengah kertas dengan menggunakan lidi



4)    Sapukan gam pada bahagian atas kertas



5)    Lilitkan tali secara melingkar mengikut bulatan



6)    Setelah selesai lekatkan manik dan hiaskan mengikut citarasa masing-masing. Lalu boleh dimainkan bersama-sama


VIDEO:





DIMENSI BARU KRAF 3

BAHAN                            : Pensel, Pensel warna, Gunting (dengan bantuan orang dewasa),                                                           kertas keras, Kertas A4, Gam, Lidi

TEKNIK                           : Melekat

PROSES PENYEDIAAN:

1.    Lukis bulatan pada kertas A4



2.    Gunting bulatan tersebut dengan bantuan orang dewasa



3.    Kemudian, lukiskan corak pada kertas tersebut lalu warnakannya



4.    Lekatkan kertas yang sudah diwarnakan ke atas kertas keras yang telah digunting dengan menggunakan gam



5.    Gunting kertas tersebut mengikut bentuk corak dengan berhati-hati



6.    Hasilkan lubang ditengah-tengah permukaan kertas dengan cara cucuk lidi di atas permukaan kertas tersebut



7.    Gamkan lidi supaya lidi tidak bergerak dan anda boleh bermain dengan mudah


VIDEO:





TERIMA KASIH.....

No comments:

Post a Comment